Wednesday, January 25, 2012

MASTER PLAN





Bandar Enstek
Ikon Bandar Pintar Lembah Klang

Bandar Enstek merupakan sebuah bandar pintar yang telah dimajukan pada tahun 1999. Kini, ia telah berkembang menjadi sebuah bandar popular di kalangan penduduk Nilai, Sepang, Putrajaya, Cyberjaya dan bandar-bandar lain yang berdekatan. Bandar Enstek merupakan bandar ilmu yang pertama, terkenal dengan konsep kediaman pintarnya yang direka dan dibina bersesuaian dengan landskap semulajadi persekitarannya. Bandar ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan inovatif. Nikmatilah keselesaan dan kesenangan gaya hidup sejahtera di sini.



Membina Kebahagiaan @enstek
Semenjak tahun 1999, Bandar Enstek telah berkembang menjadi sebuah kawasan kediaman yang menjadi pilihan utama ramai sebagai kediaman seisi keluarga, rumah rehat hujung minggu atau untuk persaraan. Uniknya tentang Bandar Enstek adalah kerana lokasinya yang strategik, berhampiran dengan Bandar Nilai, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa kawasan perumahan yang lain. Ramai yang berpuas hati dapat bermastautin di bandar yang segar menghijau di pinggir kota ini kerana:



Konsep Kediaman yang Unik
Era permodenan pada tahun 1990an menggalakkan pembangunan bandar berwawasan seperti Bandar Enstek. Bandar ini dibangunkan berpandukan konsep unik kota lestari yang dilengkapi infrastruktur canggih. Inilah contoh bandar serba maju di Malaysia. Kejayaan Bandar Enstek terletak pada paduan kemewahan gaya hidup abad ke-21 dengan ketenangan alam semula jadi yang dirancang demi kesejahteraan penghuninya.

Strategik dan Mudah untuk Dihubungi
Bandar Enstek merupakan sebuah kawasan yang amat sesuai untuk pembangunan komersial dengan populasi kediaman dan perniagaan. Bandar ini terletak di persimpangan lebuh raya utama yang menghubungkan Nilai ke Sepang, KLIA, KL, Seremban, Senawang, Labu, Sendayan, Port Dickson, Shah Alam dan Subang. Perjalanan ke KLIA, LCCT dan Litar F1 Sepang hanya memakan masa 15 minit manakala ke KL Sentral adalah 30 minit sahaja.

Gaya Hidup Mesra Alam dengan
Kepadatan Penduduk yang Rendah Kediaman di Bandar Enstek adalah 28% - 35% lebih luas daripada ukuran rumah biasa dan harganya juga lebih berpatutan daripada kediaman di KL dan PJ. Bandar ini mempunyai ekologi alam yang seimbang. Hanya industri yang bebas pencemaran dibenarkan beroperasi di zon perindustrian yang telah ditetapkan. Bandar ini juga menggalakkan pertalian kemasyarakatan yang erat di mana para penduduk bebas berinteraksi dan kanak-kanak boleh bermain dengan selamat dalam persekitaran semula jadi yang segar menghijau, jauh daripada ‘techpark’. Kediaman @enstek direka dan dibina bersesuaian dengan landskap persekitaran demi gaya hidup sihat.

Kemudahan Awam Tersedia
Anda tidak perlu lagi memandu jauh untuk menikmati kemudahan awam termoden kerana semuanya ada di Bandar Enstek. Kediaman di Enstek dilengkapi pelbagai infrastruktur kemudahan awam termasuklah sebuah institut pengajian tinggi. Kolej Tunku Khursiah dan beberapa kolej serta pusat latihan sedang dalam proses pembinaan. Di samping itu, sebuah sekolah perempuan berasrama penuh antarabangsa iaitu Cempaka International Ladies’ College (mengikut model Chelthenham Ladies’ College, London) sudah pun beroperasi. Kemudahan ini bukan sahaja menambahbaik kualiti gaya hidup di sini, malah ia meningkatkan nilai harga kediaman Enstek di pasaran hartanah.




0 comments:

Post a Comment

Followers